Wednesday, November 25, 2009

Modifikasi Kereta

MODIFIKASI / Modifications

Modifikasi pada kereta AD Resort ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:

Here are the typical modifications for a Nissan AD Resort stationwagon:


Enjin (Engine)

Luaran (External)

Dalaman (Internal)
Luaran / External

Kebanyakan ahli kelab Edisi lebih menumpukan perhatian terhadap luaran berbanding dengan dalaman mahupun dari segi enjin. Oleh kerana model ini merupakan model Wagon jadi segala modifikasi hendaklah juga diambil dari model Wagon contohnya model WingRoad (Y11) dari Jepun. Selain daripada model wagon, ada juga modifikasi yang diambil dari model Nissan B13 dan B14. Disini ahli menitikberatkan modifikasi asal (original) spesifikasi dan bukannya "custom". Segala modifikasi memerlukan ketelitian dan kesabaran bagi menghasilkan mutu yang baik biarpun dari segi kecantikan mahupun keselamatan. Oleh kerana kelab Edisi ini lebih cenderung kepada kekeluargaan seperti yang telah diperkatakan di bahagian pengenalan, maka ciri-ciri keselamatan pemandu dan juga penumpang harus diambil berat.

Most of the Edisi club members emphasizes on external modifications compared tomodifications for the internal and in engine bay.The fact that this is a stationwagon model therefore all modifications has been derived from other similar stationwagon models i.e. Nissan Wingroad (Y11) of Japan. Besides stationwagons, there are also modifications taken from Nissan Sentra B13 sedan car and B14. The club members opt for original specs and not customized modifications as they prefer to have their cars to look original. All modification works requires meticulacy and sheer patience in order to produce good quality apart from beauty and safety. As it is Edisi club’s main objective is to have closer family ties therefore it is essential in ensuring the safety of the driver and his passengers while on the road.


Terlebih dahulu, kita akan memperkatakan tentang modifikasi luaran. Bahan utama yang sering diubah oleh ahli-ahli kelab Edisi adalah bumper hadapan di mana bumper model jenis Nissan B13 telah mendapat perhatian yang begitu serius. Bumper Nissan model B13 akan kelihatan seperti di bawah ini setelah di tukar. Keterampilan 'sport lights' lebih menampakkan Nissan AD Resort ini lebih garang dan berbeza dari model asal.

To start, lets highlight on the external modifications. The front bumper of the wagon has been the most essential basic modification on the car by the Edisi members. The said bumper originates from another Nissan model, Sentra B13 has always been the preferred choice in decorating the car front face.

Ditambah pula dengan 'lip' depan yang boleh diambil dari berbagai-bagai jenis kenderaan. Contohnya, ahli kelab di bawah ini menggunakan 'lip' model Nissan Bluebird model U12. Ada juga ahli yang menggunakan 'lip' VR4, SM4 dan sudah semestinya 'lip' asal 'bumper' Sentra B13.

With spot lights and fog lights pre-fitted into the bumper, it converts the innocent wagon into a wild yet furious look. With an additional lip derived from any other car makes it makes the wagon more stunning and lowered. Examples of lips are from Nissan Bluebird U12, VR4, SM4 and B13, for sure.

Selain daripada bumper hadapan kereta model AD Resort, terdapat juga ahli-ahli lain yang lebih kreatif dengan menukarkan 'grill' hadapan daripada jenis AD Resort dari Jepun atau lebih dikenali dengan model Y10. Selain daripada itu terdapat juga 'grill' dari jenis Nissan Pulsar. Bagi menampakkan lagi kelainan pada kenderaan AD Resort yang asal, ada ahli-ahli kelab Edisi ini yang telah menukarkan bonet hadapan dengan bonet Nissan Pulsar seperti di bawah ini:

Besides the bumper, some members got into their creative mind by changing the front grill with the same model from Japan called Y10 or the one from Nissan Pulsar. For those who opt for total difference, the Pulsar bonnet is plugged onto the wagon.

Bagi menampilkan perbezaan bagi kenderaan asal AD Resort ini dengan model yang telah dimodifikasi adalah di bahagian belakang. Ramai yang telah keliru dengan penukaran bonet belakang kenderaan ini yang diambil dari model California. Model ini hanya terdapat di Jepun dan dibawa masuk dari kedai-kedai potong yang terdapat di merata tempat di Lembah Klang. Dengan adanya bonet belakang yang berbeza ini telah menampakkan lagi model AD Resort ini bukan sahaja kenderaan Wagon tapi ianya masih boleh bersaing dengan kereta saloon yang lain. Dengan terdapatnya tulisan CALIFORNIA di bahagian atas 'plate number' telah menambah 2 lagi lampu yang asalnya digunakan bagi lampu 'reverse'. Lampu yang terdapat di atas 'plate number' telah diubahsuai agar ianya menyala sekiranya lampu kecil dipasang terutamanya di waktu malam atau gelap. Terdapat juga ahli yang telah menukar 'wiring' kepada bentuk asal di mana lampu--lampu tersebut di jadikan sebagai lampu 'reverse'.

Another modification that completely changes the outlook would be the tailgate. The rear bonnet is originally from the California model which is only available in Japan and brought here to the Malaysian half-cut shops. The rear bonnet has taken the wagon into a higher state of prestige competitive with the other available saloon cars. With its ‘California’ wordings on the plate number holder, the bonnet also comes with a pair of stock reverse lights. Some members did modify the lights to be additional brake lights or merely have it light up for better visibility for other vehicles behind the wagon.

Dengan penambahan spoiler kepada bonet CALIFORNIA ini lagi menampakkan kemantapan wagon ini. Sebarang spoiler boleh digunakan mengikut citarasa individu. Selain daripada spoiler asal model CALIFORNIA, terdapat juga spoiler Mazda B8,Pulsar, Charade, Mitsubishi dan Honda digunakan oleh ahli-ahli kelab untuk kereta mereka. Namun sedikit modifikasi dan mungkin juga 'fiber glass' di perlukan bagi menjadaikan spoiler-spoiler tersebut boleh dipasang di bonet CALIFORNIA. Bumper belakang bagi model asal AD Resort ini masih digunakan dan jarang sekali ahli membuat sebarang modifikasi. Namun, penambahan 'lip' di bahagian belakang lebih menampakkan bumper belakang menjadi lebih labuh dan lebar. Terdapat dua jenis modifikasi yang boleh dibuat:

1. dengan mengambil 'lip' asal bumper belakang model B13.
2. dengan memotong separuh bumper asal model B13 dan dicantumkan dengan bumper belakang yang asal AD Resort.

By adding a spoiler on the California rear bonnet it makes the wagon look more smart. Any other spoilers can also be fitted depending on the owner’s preference where spoilers from Mazda B8, Nissan Pulsar, Daihatsu Charade, Mitubishi and Honda are chosen. The rear bumper, however, are usually left at stock condition but nevertheless an additional rear lip on the bumper would make the wagon more lower and wider. There are usually 2 options on modifications:

1. by inserting the original rear lip from Nissan Sentra B13
2. by slicing the stock Nissan B13 bumper to join with the stock AD Resort bumper.


Kelihatan juga penukaran di bahagian Exhaust kenderaan ini bagi mendapatkan bunyi yang mantap dan menampakkan ciri-ciri 'sporty'. Selain daripada membeli exhaust dari kedai-kedai exhaust, terdapat juga ahli-ahli yang menggunakan exhaust dari kedai potong yang berjenama seperti Nismo, Super Megaphone, Sebring dan lain-lain lagi.

The exhaust of this wagon is also changed to complement the sportiness of the other external modifications. Besides exhaust shops, some members did obtain it from half-cut shops with branded exhaust namely Nismo, Super Megaphone, Sebring, etc.

Dalaman / Interior

Modifikasi dalaman tidak begitu ketara selain dari menukar tempat duduk hadapan dan juga steering. Kebanyakan modifikasi dalam boleh dibuat mengikut selera individu. Sebarang roda steering buatan Nissan boleh digunakan seperti dari jenis Silvia, Bluebird SSS, Nissan GTi dan lain-lain lagi.

Internal and cockpit modification is not so compulsory besides changing the seats and steering wheel. Most internal modifications are owner preferences and tastes. For sure, any steering wheel from Nissan cars can be fitted namely from Silvia, Bluebird SSS, GTiR and others without major modifications.

Modifikasi dalaman yang sering dilakukan adalah seperti menukar dashboard meter kepada meter Nissan SR20 atau jenis Nissan Sentra B13. Terdapat juga ahli-ahli yang telah mewarnakan 'dashboard' mereka mengikut citarasa atau mengikut warna kenderaan. Bagi model AD Resort tahun 1994 ke 1996, dinding dalam pintu adalah jenis biasa yang tidak mempunyai sebarang lapisan PVC. Maka, terdapat ahli-ahli yang menukarkannya kepada model 1997 mengikut warna yang digemari.

As for cockpit modifications, usually the meter panel is changed to Nissan SR20 or Nissan Sentra B13. There are some members who colorise their dashboards based on their taste of simply matching the colour of their wagons. The 1994 – 1996 models of Nissan AD Resort has the door panels that are made of compressed paper covered with PVC. Due to it’s dullness and poor durability, some members upgrade it to the 1997 model which is more sturdy.

Kebanyakan penggemar AD Resort meletakkan kotak 'speaker' bagi menguatkan lagi bunyi 'woofer' dan menghasilkan bunyi yang mantap. Modifikasi sistem bunyi adalah merupakan yang biasa bagi kesemua penggemar-penggemar kereta. Jadi, di halaman ini kami tidak begitu menunjukkan bahagian bunyi. Namun terdapat juga ahli-ahli yang telah membelanjakan wang sehingga RM7000 bagi menghasilkan bunyi yang mantap dan jelas.

Most wagon enthusiasts would install a sbwoofer box in the rear for better sound appreciation. The in-car entertainment system (ICE) are usually moderately modified but some would invest up to RM7000 to beef-up their sound system just to have that edge in sound and clarity.

Enjin / Engine

Bahagian enjin selalunya tidak diusik melainkan dengan menukarkan enjin jenis Nissan SR20DET. Enjin ini sudah cukup bagi menggerakkan Nissan AD Resort dengan kelajuan yang amat amat menakjubkan. Terdapat 2 jenis enjin yang boleh digunakan iaitu jenis SR20DET dari model Nissan Bluebird U12 dan juga SR20DET dari jenis Pulsar. Di bawah ini dipaparkan jenis SR20DET model Nissan Bluebird U12 di mana intercooler TURBOnya berada di atas enjin. Untuk menyenangkan pemasangan enjin ada yang menukar enjin kepada SR16 'BLUE HEAD' atau 'RED HEAD' tanpa membuat sebarang pengubahsuaian terhadap 'mounting' dan kotak gear.

The engine bay is not touched besides converting the stock GA16 engine with a 2-liter SR20DET engine. The stock engine is sufficiently powerful to fly the wagon with unimaginable speeds. There are 2 types of engines that suits the wagon – The SR20DET from Nissan Bluebird U12 and the SR20DET from Nissan Pulsar. Engine conversions like this would not have extra space in the engine bay with the additions of an intercooler, turbine and air filter, etc.

Maka, keseluruhan modifikasi Nissan AD Resort telah dipaparkan dan sekarang terpulang kepada individu bagi melakukan modifikasi kereta mereka. Di harap dengan adanya halaman ini dapat membantu penggemar-penggemar kereta terutama AD Resort menjadijan ini sebagai tunjuk ajar. Selain daripada itu, ini merupakan pengenalan kepada pengguna-pengguna AD Resort yang baru.


Hence, all the possible modifications on Nissan AD Resort has been displayed here and it all boils down to the individual’s preference and , of course, affordability on any types of modifications. With hope, that this page would benefit all Nissan wagon enthusiasts and also to those who just got ‘enlightenment’ on the beauty of this wagon.

No comments:

Post a Comment